12/20/2011

holiday nak habis.

77f4e36ce4cddda88f66c48bf3d3ecc2_h_large
hohoho, hello kauorang ;p hee. sy bosan, spe bosan? yelah sebab holiday nak habis, new year nak dekat, sekolah nak buka, boleh jumpa kawan, yeay xD haha. wehh jom buat lawakk lah bosan. sy ada bnyk lawak nak kongsi hehe ;D kalau nak copy, ambek saja tadak kesah. so yooww lets start now, sit down you, my show is about to start ;p


ladys and gentleman, please give a big clap to our contestant, me xD haha i dont want to play like that :3
kk,


1.Pokteh: Maghi gak ddekat sikit, ambo nok crito ni..
Mokteh: Gapo gak hok besungguh sangat tu.. 
Pokteh: Sakni ambo gi Koto Baru.. 
Mokteh: Hor pah tu.. ssohor apo nyoh.. tidok duk gi sokmo eeh ata nyor mudo sano.
Pokteh: Ni hok lain, sakni ambo gi beli tuti tuti hok ore duk besohor tu..
Mokteh: Oloh besembur nah ai liur sebut nyoh.. tuti tuti tu gapo namo.. minyok 2T mutor ko..?
Pokteh: Darak demo Teh.. tu la tuti tuti.. hok eskrim timbe tu..
Mokteh: Hurmmm x tahu eeh kito.. demo mmeney pelik sokmo..
Pokteh: (dale hati,mujur dio x mitok nok make tuti tuti tu)


2.Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

3.Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

4.seorang mat salleh baru sahaja belajar cakap melayu.tiba tiba datang seorang pilot helikopter mengajak nya pusing2 naik helikopter.


pilot : jom pusing2 ronda kL.
mat salleh : jom.


selepas dah pusing kat udara 2 3 kali kat udara tgk pemandangan kl dari atas.mat salleh pon cakap la kat pilot tu..

mat salleh : turun.(tapi sebutan - TWO ROUND)
pilot : OK!!

pilot tu pon pusing la lagi dua round.pastu mat saleh tu cakap lagi kat pilot tu.

mat salleh : turun (sebutan - TWO ROUND)

pilot tu pon dgn senang hati pon pusing la lagi dua round...
selepas habis dua round mat salleh tu pon cakap lah kat pilot tu..

mat salleh : pening (sebutan dia bunyi PENANG)
pilot : OK!!

pastu pilot pon pandu la helikopter tu g penang.


5.Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P


6.Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:


Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn’t you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)


7.Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?


Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!


Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..

Amy : Meowwww~

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!!


8.Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa
dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan
terus datang kepadanya.


Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New
baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum
jugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya suda! h tiga tahun tarak balik.

Ali : ?????????????


9.Situasi: SMS
Si A: Awk da bf?
Si Gadis Manis: Xda lg, tp ramai org ajak sy couple. So awk jgn terlalu mengharap.
Si A: Aik? Mksd saya awak dah breakfast ke belum…
Si Gadis Manis: ………grrr
Si A: tak segan gila kau.

10.Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.
Murid² : Baik cikgu.
Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??
Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".
Guru : ........ = . ="

11.kisah anak dan ayah yang kuat menipu..
Stu hari d0rg pegi sungai..
Anak:ayah,sya nak mandi sungai..
Ayah:pegi la..hati2 ya..
Lalu si anak terjun,15 minit kemudian baru la dia timbul..
Ayah:lama nya kmu di dalam?
Anak:ayah,tadi semasa di bwah,ada rest0ran,jadi sya singah la skejap makan..
Ayah:kalu mcam tu,ayah pun nak pegi la..
Lalu si ayah trjun,malangnya kepalanya terhantuk batu lalu bedarah..
Anak:kejapnya ayah ?
Ayah:nie kamu punya pasal la ni,pegi makan x pndai byar,tu la kepala ayah bdarah kena pukul tauke kdai...


12.Sayang : Abang lepas ni kita putus..abang curang ngan syg...
Abang : Bila abang curang..??? mana bukti..???
Sayang :Abang jangan tipu lagi, abang cakap ada meeting tapi abang gi dating..
Abang : Aduiyaiii... bila..???
Sayang : Kenapa tadi syg kol abang ada pompuan lain jawab??? Blagak cakap omputeh ngn syg..
Abang : Apa dia cakap..???
Sayang : SORRY, PLEASE TRY AGAIN LATER
Abang : Aku terajang kau kang , sebulan ko makan gune kaki !!!!..
Sayang : Hehe~Gurau2 je abang


13.Seorang lelaki telepon hospital untuk memberitahu yang isterinya nk bersalin.dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki : Hello.....tolong saya sebab isteri saya nk bersalin.!
Jururawat : Sila bertenang..ini anak yg pertama ke?
Lelaki : Apa la punya bangang....ni laki dia ler!
Jururawat : pulak..?@#$%


14.Ade seorang nelayan yg selalu dapat ikan byk bila dia ke laut.So crew TV9 interview dia untuk rahsa tangkap ikan.
Crew TV9 : "ape rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "on pakcik guna firasat.pakcik tengok cara isteri pakcik tido bila pakcik bangun pagi.kalu dia mengereng ke kiri pakcik tebar jala sebalah kiri , kalu dia mengereng sebelah kanan pakcik tebar jala sebelah kanan."
Crew TV9 : Kalu isteri pakcik tido terlentang?
Nelayan : "itu tandanya rezeki depan mata pakcik x turun laut pagi tu."
Crew TV9 : O..yeke


15.RM1 telah bertemu dengan RM50 lalu bertanya..
RM1: "Oit! Lama tak nampak. Mana ko pergi?"
RM50: "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola,
karaoke, tengok wayang, lepak OU, konsert AF, Malaysian Idol..
Haa!! Tempat-tempat macam tu la. Eh! ko pula macam mana?"
RM1 : (Menjawab perlahan seraya menunduk), "Hmm.. Aku
biasalah. Balik-balik tempat sama juga. Tak surau, masjid.
Tak masjid, surau..


16.awak - Pengesahan Mayat
Polis :Tuan, pihak kami telah menemui seorg mangsa kemalangan maut yang disyaki isteri tuan. Kami perlukan tuan utk dtg sekarang ke hospital bagi tujuan pengesahan mayat mangsa.
Suami : Maaf. Saya sgt sibuk skrg. Encik ambik gambar mangsa tu, upload kt facebook dan tag saya. Kalau betul mayat isteri saya, nanti saya akan klik "LIKE". 

17.Dail 999 sekarang dan jeritkan slogan '' polis bodo/sakai/sohai '' untuk memenangi percutian ke hotel berpintu besi . Sepanjang percutian anda akan diberi seluar , baju dan hidangan makanan percuma untuk melengkapkan lagi percutian indah anda sejurus anda menyertai peraduan , kereta waja putih bersiren akan menjemput anda beserta bodyguard dan diberi sepasang gelang tangan silver blom bekarat . Apa TUNGGU LAGI ?! , Dail dan MENANGI PERCUTIAN INI SEKARANG !

18.cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

19.KALO TERJATUH....................
1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seo......lah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


20.Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden.
Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden
marah benar kepadanya.
"Kemana kamu pergi?" hardik Presiden, "Sudah 2 jam saya menunggu."
"Saya mengaku salah," kata Menteri. "Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan Presiden, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam."
Presiden menumbuk meja dengan marahnya. "Tolol...!" teriaknya. "Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?"
"Betul , tuan Presiden."
"Tolol dan begong !!" teriak Presiden lagi lebih keras.
"Mengapa kamu tidak duduk saja??



21.Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

Fuhh! --' dah penat dah saya mengcopy-paste xD haha, hope u laugh so hard. trolololol.
kbyee!!!!!!!!!

credits: Gua kat blakang bro, Wacha!
[via blackberry atuk aku]

Thanks Yous! follow gak eh :)

No comments: